Thursday 12 July 2012

Refleksi minggu ke4

Pada minggu sebelumnya,saya telah mengetahui apakah itu teori kecerdasan emosi. Seterusnya, pada minggu ini saya mempelajari apakah pentingnya kecerdasan emosi ini.
Terdapat beberapa kepentingan kecerdasan emosi yang saya perolehi iaitu:
  • Memahami emosi diri sendiri
  • Mengurus emosi
  • Memanfaatkan emosi
  • Empati:Membaca emosi
  • Mengurus hubungan
Melalui pembelajaran tentang kecerdasan emosi, saya dapat memahami emosi diri sendiri. Saya dapat mengetahui apakah emosi yang melanda diri saya dengan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri. Selain itu, saya dapat lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan serta dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan rasional. Pembelajaran ini amat penting bagi saya untuk mengawal emosi dan tidak bertindak mengikut perasaan.Saya perlu bertindak secara rasional kerana ianya lebih mendatangkan kebaikan.

Selain itu, kepentingan kecerdasan emosi ialah dalam mengurus emosi. Dengan mengurus emosi, tekanan dapat diurus dengan labih berkesan. Selain itu, kerunsingan sosial dan kesepian dapat dikurangkan. Malah, tingkah laku distruktif atau agresif dapat dikurangkan. Oleh itu, saya belajar untuk menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan. Malah, peningkatan perasaan positif terhadap diri,sekolah dan keluarga diperolehi hasil penghayatan kecerdasan emosi ini.

Kepentingan kecerdasan emosi uang seterusnya ialah memanfaatkan emosi. Seseorang itu akan menjadi lebih bertanggungjawab apabila memanfaatkan emosinya. Selain itu,individu dapat menumpukan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasan dan komitmennya dengan bertindak bijak dan adanya penguasaan diri yang baik. Tindak balas saya terhadap pembelajaran ini ialah saya lebih rasional dan mengawal diri secara lebih berkesan dengan memanfaatkan emosi.

Seterusnya, empati iaitu membaca emosi ialah salah satu kepentingan kecerdasan emosi. Peningkatan keupayaan menerima perasaan orang lain diperoleh apabila kita dapat berempati terhadap orang lain.
Kita akan lebih sensitif terhadap perasaan orang lain dan berusaha untuk menjaga hati mereka daripada dilukai. Selain itu, kita akan bersedia dan cekpa mendengar kata orang lain. Oleh itu,sikap empati ini penting agar kita lebih bijak menjaga perasaan orang di sekeliling kita.

Kepentingan kecerdasan emosi yang seterusnya ialah dalam mengurus hubungan. Kebolehan bertambah dalam menganalisis dan memahami hubungan antara sesama. Konflik dan perselisihan dapat diselesaikan dengan memahami hati dan fikiran orang lain. Dengan memahami dan mempunyai kecerdasan emosi yang baik, individu dapat berinteraksi dengan lebih mesra dan lebih demokratik  serta sikap timbang rasa  dapat dipertingkatkan. Melalui pembelajaran ini, saya dapat bekerjasama dan saling tolong menolong dengan orang di sekeliling saya.

Berdasarkan huraian di atas, kecerdasan emosi merupakan faktor yang lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam menentu kejayaan seseorang. Meskipun seseorang itu mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi,namun tanpa adanya pengawalan diri semuanya itu sia-sia. Justeru itu, kecerdasan emosi amat penting dalam kehidupan seseorang itu.JAGA HATI,JAGA FIKIRAN..
SEKIAN.
Refleksi minggu ke-3

Pada minggu yang ketiga ini, saya telah mempelajari teori kecerdasan emosi. Teori kecerdasan emosi telah diperkembangkan daripada Teori Kognitif  Emosi, sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi  yang dihasilkan dipengaruhi oleh tiga faktor seperti:
  • situasi persekitaran
  • keadaan fisiologikal
  • proses kognitif
Faktor yang paling utama dalam menentukan sifat emosi seseorang adalah proses kognitifnya. Teori ini menegaskan bahawa emosi dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama.

Menurut S.Schacter and J.Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah berlandaskan 2 faktor yang saling berkait bebas iaitu:
  1. Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu merupakan faktor yang menghasilkan emosi.
  2. Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan iaitu kesedaran keadaan emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.
Emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisiologikal dalaman tetapi juga oleh hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Mereka berpendapat bahawa proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu berbeza, maka kecerdasan emosi individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Kesimpulannya, setiap individu mempunyai kecerdasan emosi(EI) dan darjah emosi(EQ) yang  berbeza dengan individu yang lain.

Akhirnya saya memperolehi ilmu yang amat berguna. Mengapakah emosi setiap individu berbeza?Ianya terjawab melalui teori kognitif emosi.
Sebelum ini saya tidak tahu menahu soal teori kecerdasan emosi,melalui pembelajaran ini saya dapat belajar perkara yang baru.

Tuesday 10 July 2012

Refleksi ke2

Seterusnya, pembelajaran yang seterusnya pada minggu yang kedua ialah tentang 3 ragam kecerdasan iaitu:
  • Kecerdasan Intelektual(IQ)
  • Kecerdasan Emosi (EQ)
  • Kecerdasan Spiritual (SQ)
IQ merupakan what do u think dan adalah potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.Setiap orang mempunyai kecerdasan intelek yang tertentu dan tidak berubah. IQ adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran,menyelesaikan masalah,menilai dan mencipta.

EQ adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya manusia. Setiap individu mempunyai EQ yang boleh berubah dan ianya dinilai berdasarkan inventori kompetensi EQ.EQ boleh ditingkatkan melalui pembelajaran dan ianya digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.EQ  berkait rapat dengan kemahiran berempati.

Manakala, SQ ialah berkaitan dengan mencari identiti diri.
who am I? Itu adalah persoalan bagi kecerdasan spiritual. Manusia sering mencari tujuan hidup mereka.Mengapa mereka ada di dunia ini. Mereka mencari tujuan mereka dihidupkan.

Melalui pembelajaran 3 ragam kecerdasan ini, ilmu pengetahuan saya makin bertambah dan saya dapat mengenali diri saya dengan lebih dalam lagi. Saya perlu mempraktikkan 3 ragam kecerdasan ini di dalam diri saya.3 ragam kecerdasan ini perlulah seimbang agar seseorang individu itu menjadi insan yang berjaya. 
Refleksi minggu pertama

Pada minggu pertama,kelas Kecerdasan Emosi(KE) saya telah mempelajari apa itu kecerdasan. Kecerdasan terbahagi kepada 3 iaitu:
  •  Kecerdasan Intelektual(IQ) 
  •  Kecerdasan Emosi(EQ)
  •  Kecerdasan spiritual (SQ)

Kecerdasan intelektual(IQ) adalah berkait rapat dengan apa yang kita fikirkan. Otak menerima informasi daripada 5 deria iaitu deria sentuh, penglihatan, rasa, pendengaran dan bau. Ia merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan intelek yang berbeza.  Gaya berfikir orang berjaya mesti seimbang yang merangkumi:
  • kewangan
  • keluarga
  • kerjaya
  • spiritual
  • Interpersonal
  • Sumbangan masyarakat
  • Kesihatan
  • perkembangan diri
Setiap aspek perlu dititik berat agar seseorang individu itu betul-betul berjaya. Melalui pembelajaran IQ ini, saya sedar bahawa saya perlu menjadi seorang individu yang seimbang seperti 8 aspek tersebut. Saya perlu memperhatikan orang lain dan tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri.Selain itu, saya sedar bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling istimewa kerana Tuhan memberikan akal untuk berfikir. Oleh itu, manusia perlu menggunakan akal fikiran dengan memikirkan perkara yang positif dan jauhi pemikiran yang sia-sia dan yang tidak sewajarnya.

Monday 9 July 2012

Konsep Kecerdasan Intelek dan Emosi


Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan social yang dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya. (Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan
oleh Goleman (1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.