Saturday 20 October 2012





Kemaskini Bedah buku

 


Buku Kompetensi Kecerdasan Emosi ditulis oleh Mok Soon Sang. Buku ini pertama kali diterbitkan pada Ogos,2010. Melalui pembacaan saya, saya dapat mempelajari dengan lebih lanjut mengenai kecerdasan emosi.

Kecerdasan emosi (EQ) adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk membaca dan meluahkan perasaan dengan tepat, keupayaan untuk mencapai dan menggunakan perasaan untuk membantu pemikiran, keupayaan memahami emosi dan memiliki ilmu emosi dan keupayaan untuk mengawal emosi untuk menggalakkan perkembangan emosi dan intelektual. Kecerdasan emosi atau terkadang juga dipanggil celik emosi adalah berasal dari pekataan EQ iaitu Emotional Quotient. Perkataan ini telah dicipta oleh John Meyer dan Peter Salovey pada tahun 1990. Pada tahun 1995, Daniel Goleman telah memperkasakan lagi kajiannya dan menamakan perkataan tersebut kepada Emotional Intelligent.
   Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya. (Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan oleh Goleman (1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.
     Kajian menunjukkan bahawa manusia seolah-olah mempunyai dua otak, otak intelek dan otak emosi, dan kedua-duanya membangun serentak dan hampir 85% dari pembangunan otak bergantung kepada pembangunan emosi, dan 15% sahaja kepada pembangunan intelek. Dengan itu 85% dari hidup manusia dipengaruhi oleh perasaan atau emosinya. Ini bermakna 85% dari cara hidup, amalan, tingkah laku dan kemampuannya untuk belajar dan minat belajar adalah berdasarkan perasaan dan emosinya. Kecerdasan intelek merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap individu mempunyai kecerdasan intelek tertentu dan tidak berubah. Kecerdasan intelek boleh ditukar berdasarkan kepada darjah kecerdasan(Intelligient Quotiant: IQ). Selain itu, kecerdasan intelek adalah tetap dan tidak boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan intelek adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta. Kecerdasan intelek berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
Manakala, kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya seseorang itu. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah dan boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial. Kecerdasan emosi berkait rapat dengan berempati.

Saya dapat mempelajari bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang amat penting kepada diri seseorang. Kita perlu mengurus emosi kita dengan bijaksana. Setelah mengetahui kecerdasan emosi dengan lebih mendalam, saya sedar akan pentingnya mengurus emosi dengan cara yang betul. Saya juga perlu mengimbangi kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. Tetapi antara ketiganya, kecerdasan spiritual memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.







No comments:

Post a Comment