Saturday 20 October 2012

Never Give up

http://www.youtube.com/watch?v=kZlXWp6vFdE&feature=related

Ini adalah video pilihan saya yang menyedarkan saya untuk tidak mudah putus asa. Di dalam kehidupan ini, tidak semua yang kita inginkan seperti yang kita harapkan seperti di dalam video ini. Derek Redmond sangat berkeinginan untuk memenangi larian 400 meter sewaktu  Olimpik 1992. Dia berlari dengan penuh semangat untuk meraih impian tersebut.  Derek sudah berlari sepanjang 150 meter, tiba-tiba dia merasakan kesakitan pada lututnya. Dia memperlahankan langkahnya. Akibatnya, dia ditinggalkan oleh pelari-pelari yang lain. Derek berhenti berlari  kerana urat pelipat lututnya terkoyak.  Tanpa menghiraukan kesakitannya, dia tidak berputus asa dan tetap berusaha untuk berlari. Derek tetap bersemangat untuk menghabiskan lariannya dan terus berlari dengan menahan kesakitan pada lututnya.

Kemudian, seorang lelaki berlari ke arah Derek tanpa menghiraukan lagi penjaga keselamatan sewaktu acara tersebut. Lelaki itu ialah ayah kepada Derek. Ayahnya berkata kepadanya, kamu tidak perlu melakukan ini. Derek menjawab bahawa dia perlu melakukannya dan menyelesaikannya juga.
Ayahnya mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan anaknya itu menyelesaikan larian itu. Ayahnya begitu memahami Derek, dia tahu perasaan anaknya ketika itu. Derek begitu kecewa dan menangis  namun ayahnya tetap berada di samping Derek untuk menyelesaikan larian tersebut.

Sebelum garis terakhir larian, ayahnya melepaskan Derek untuk menghabiskan larian tersebut. Akhirnya, Derek mendapat tepukan gemuruh daripada 65,000 orang yang melihat Olimpik. Kesimpulannya, kita tidak pernah gagal jika kita tidak berputus asa. Sememangnya setiap kegagalan yang kita hadapi itu banyak mengajar dan membentuk kita untuk menjadi yang lebih baik.

Melalui video ini, saya menyedari bahawa saya perlu  tabah menghadapi segala kegagalan dalam kehidupan. Kehadiran orang yang tetap setia bersama kita sewaktu menghadapi kegagalan membuktikan siapakah yang benar-benar menyayangi dan mempedulikan kita. Ibubapa ialah insan yang sangat beerti bagi semua orang yang bergelar sebagai seorang anak. Saya telah belajar untuk menghargai ibubapa saya yang banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Meskipun acap sekali saya  menghampakan mereka dan membuat mereka sedih, ibubapa saya tidak pernah berputus asa kepada saya. Mereka tetap menyayangoi saya dan memberikan didikan yang terbaik. Saya bersyukur dengan adanya ibubapa saya, saya akan terus kuat menghadapi liku-liku hidup ini. Akhir kata, usah berputus asa dan hargailah orang tua kita.

Sekian.TQ.

No comments:

Post a Comment