Monday 9 July 2012

Konsep Kecerdasan Intelek dan Emosi


Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan social yang dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya. (Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan
oleh Goleman (1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.