Thursday 12 July 2012

Refleksi minggu ke4

Pada minggu sebelumnya,saya telah mengetahui apakah itu teori kecerdasan emosi. Seterusnya, pada minggu ini saya mempelajari apakah pentingnya kecerdasan emosi ini.
Terdapat beberapa kepentingan kecerdasan emosi yang saya perolehi iaitu:
  • Memahami emosi diri sendiri
  • Mengurus emosi
  • Memanfaatkan emosi
  • Empati:Membaca emosi
  • Mengurus hubungan
Melalui pembelajaran tentang kecerdasan emosi, saya dapat memahami emosi diri sendiri. Saya dapat mengetahui apakah emosi yang melanda diri saya dengan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri. Selain itu, saya dapat lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan serta dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan rasional. Pembelajaran ini amat penting bagi saya untuk mengawal emosi dan tidak bertindak mengikut perasaan.Saya perlu bertindak secara rasional kerana ianya lebih mendatangkan kebaikan.

Selain itu, kepentingan kecerdasan emosi ialah dalam mengurus emosi. Dengan mengurus emosi, tekanan dapat diurus dengan labih berkesan. Selain itu, kerunsingan sosial dan kesepian dapat dikurangkan. Malah, tingkah laku distruktif atau agresif dapat dikurangkan. Oleh itu, saya belajar untuk menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan. Malah, peningkatan perasaan positif terhadap diri,sekolah dan keluarga diperolehi hasil penghayatan kecerdasan emosi ini.

Kepentingan kecerdasan emosi uang seterusnya ialah memanfaatkan emosi. Seseorang itu akan menjadi lebih bertanggungjawab apabila memanfaatkan emosinya. Selain itu,individu dapat menumpukan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasan dan komitmennya dengan bertindak bijak dan adanya penguasaan diri yang baik. Tindak balas saya terhadap pembelajaran ini ialah saya lebih rasional dan mengawal diri secara lebih berkesan dengan memanfaatkan emosi.

Seterusnya, empati iaitu membaca emosi ialah salah satu kepentingan kecerdasan emosi. Peningkatan keupayaan menerima perasaan orang lain diperoleh apabila kita dapat berempati terhadap orang lain.
Kita akan lebih sensitif terhadap perasaan orang lain dan berusaha untuk menjaga hati mereka daripada dilukai. Selain itu, kita akan bersedia dan cekpa mendengar kata orang lain. Oleh itu,sikap empati ini penting agar kita lebih bijak menjaga perasaan orang di sekeliling kita.

Kepentingan kecerdasan emosi yang seterusnya ialah dalam mengurus hubungan. Kebolehan bertambah dalam menganalisis dan memahami hubungan antara sesama. Konflik dan perselisihan dapat diselesaikan dengan memahami hati dan fikiran orang lain. Dengan memahami dan mempunyai kecerdasan emosi yang baik, individu dapat berinteraksi dengan lebih mesra dan lebih demokratik  serta sikap timbang rasa  dapat dipertingkatkan. Melalui pembelajaran ini, saya dapat bekerjasama dan saling tolong menolong dengan orang di sekeliling saya.

Berdasarkan huraian di atas, kecerdasan emosi merupakan faktor yang lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam menentu kejayaan seseorang. Meskipun seseorang itu mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi,namun tanpa adanya pengawalan diri semuanya itu sia-sia. Justeru itu, kecerdasan emosi amat penting dalam kehidupan seseorang itu.JAGA HATI,JAGA FIKIRAN..
SEKIAN.
Refleksi minggu ke-3

Pada minggu yang ketiga ini, saya telah mempelajari teori kecerdasan emosi. Teori kecerdasan emosi telah diperkembangkan daripada Teori Kognitif  Emosi, sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi  yang dihasilkan dipengaruhi oleh tiga faktor seperti:
  • situasi persekitaran
  • keadaan fisiologikal
  • proses kognitif
Faktor yang paling utama dalam menentukan sifat emosi seseorang adalah proses kognitifnya. Teori ini menegaskan bahawa emosi dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama.

Menurut S.Schacter and J.Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah berlandaskan 2 faktor yang saling berkait bebas iaitu:
  1. Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu merupakan faktor yang menghasilkan emosi.
  2. Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan iaitu kesedaran keadaan emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.
Emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisiologikal dalaman tetapi juga oleh hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Mereka berpendapat bahawa proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu berbeza, maka kecerdasan emosi individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Kesimpulannya, setiap individu mempunyai kecerdasan emosi(EI) dan darjah emosi(EQ) yang  berbeza dengan individu yang lain.

Akhirnya saya memperolehi ilmu yang amat berguna. Mengapakah emosi setiap individu berbeza?Ianya terjawab melalui teori kognitif emosi.
Sebelum ini saya tidak tahu menahu soal teori kecerdasan emosi,melalui pembelajaran ini saya dapat belajar perkara yang baru.