Thursday 12 July 2012

Refleksi minggu ke-3

Pada minggu yang ketiga ini, saya telah mempelajari teori kecerdasan emosi. Teori kecerdasan emosi telah diperkembangkan daripada Teori Kognitif  Emosi, sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi  yang dihasilkan dipengaruhi oleh tiga faktor seperti:
  • situasi persekitaran
  • keadaan fisiologikal
  • proses kognitif
Faktor yang paling utama dalam menentukan sifat emosi seseorang adalah proses kognitifnya. Teori ini menegaskan bahawa emosi dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama.

Menurut S.Schacter and J.Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah berlandaskan 2 faktor yang saling berkait bebas iaitu:
  1. Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu merupakan faktor yang menghasilkan emosi.
  2. Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan iaitu kesedaran keadaan emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.
Emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisiologikal dalaman tetapi juga oleh hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Mereka berpendapat bahawa proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu berbeza, maka kecerdasan emosi individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Kesimpulannya, setiap individu mempunyai kecerdasan emosi(EI) dan darjah emosi(EQ) yang  berbeza dengan individu yang lain.

Akhirnya saya memperolehi ilmu yang amat berguna. Mengapakah emosi setiap individu berbeza?Ianya terjawab melalui teori kognitif emosi.
Sebelum ini saya tidak tahu menahu soal teori kecerdasan emosi,melalui pembelajaran ini saya dapat belajar perkara yang baru.

No comments:

Post a Comment