Tuesday 10 July 2012

Refleksi minggu pertama

Pada minggu pertama,kelas Kecerdasan Emosi(KE) saya telah mempelajari apa itu kecerdasan. Kecerdasan terbahagi kepada 3 iaitu:
  •  Kecerdasan Intelektual(IQ) 
  •  Kecerdasan Emosi(EQ)
  •  Kecerdasan spiritual (SQ)

Kecerdasan intelektual(IQ) adalah berkait rapat dengan apa yang kita fikirkan. Otak menerima informasi daripada 5 deria iaitu deria sentuh, penglihatan, rasa, pendengaran dan bau. Ia merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan intelek yang berbeza.  Gaya berfikir orang berjaya mesti seimbang yang merangkumi:
  • kewangan
  • keluarga
  • kerjaya
  • spiritual
  • Interpersonal
  • Sumbangan masyarakat
  • Kesihatan
  • perkembangan diri
Setiap aspek perlu dititik berat agar seseorang individu itu betul-betul berjaya. Melalui pembelajaran IQ ini, saya sedar bahawa saya perlu menjadi seorang individu yang seimbang seperti 8 aspek tersebut. Saya perlu memperhatikan orang lain dan tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri.Selain itu, saya sedar bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling istimewa kerana Tuhan memberikan akal untuk berfikir. Oleh itu, manusia perlu menggunakan akal fikiran dengan memikirkan perkara yang positif dan jauhi pemikiran yang sia-sia dan yang tidak sewajarnya.

No comments:

Post a Comment