Sunday 9 September 2012

Setiap orang menginginkan badan yang sihat tanpa adanya penyakit. Kesakitan yang kita hadapi akan membawa kesan yang amat mendalam kerana pengalaman sewaktu sakit bukannya sesuatu yang manis. Pengalaman sewaktu sakit ini akan terus diingati dan menjadi pengajaran kepada diri kita dan juga orang lain.

Di coretan ini, saya ingin memgongsikan pengalaman semasa saya sakit.   Semasa saya di tingkatan empat, saya menhadapi cacar air (chicken pox). Penyakit ini boleh berjangkit, saya mendapat penyakit  ini daripada adik saya. Selepas itu, adik-adik saya yang lain pun dijangkiti cacar air. Pada mulanya demam, sakit tekak dan rasa letih. Beberapa hari kemudian, ruam muncul dan saya merasakan gatal-gatal badan.  Ruam  bermula di bahagian kulit kepala, bawah ketiak,mulut,hidung dan kawasan pinggul.Ruam bermula dengan kawasan kemerah-merahan dengan kantung berisi air ( blister )ditengah-tengah. Kantung air pecah dan kerak terhasil.


Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak. Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.

Saya terpaksa bercuti selama seminggu. Saya berada di rumah dengan menahan kegatalan badan. Saya tidak dapat membersihkan badan saya sepanjang saya menghadapi penyakit ini. Ibu saya merawat dan menjaga saya dengan penuh kasih sayang sepanjang saya sakit.

Sepanjang tempoh saya sakit, saya beristirehat di rumah dan pengalaman saya ini tidak dapat saya lupakan dan menjadi kenangan yang buruk sepanjang saya berada di sekolah menengah. Sekian sahaja perkongsian saya di coretan ini. ^^TQ.


No comments:

Post a Comment